Tuesday, 17 April 2012

Solat sebahagian dari kehidupan seorang Islam..




Aku melihat jam di laptop.. Oh ! Hampir pukul 4 pagi dan aku masih tidak melelapkan mata.. Apa yang bagusnya ialah esok kelasku bermula pukul 8 PAGI ! Tetapi mata masih mahu mengadap laptop.. Audio laptop pula asyik menyanyi lagu Sudah cukup sudah by Nirwana band..

# kata-kata hati..

Sesekali bila tangkap cintan dengan lagu-lagu seberang nie best juga.. Tapi tak adalah sampai lupakan ibadat pada yang Maha Esa.. Dunia pun kita layan, akhirat pun kita layan.. Kata seorang ulama, SOLAT itu merupakan waktu kita berehat daripada penat.. Sebab bila kita solat, kita sebenarnya sedang charge balik energy kita.. Tak percaya kan? Tapi itulah rahsia solat..

Ajaibnya kuasa Allah S.W.T sehingga setiap perbuatan dalam solat tu mampu mengembalikan tenaga kita semula.. Tapi niat kita semasa solat mestilah semata-mata kerana Allah bukan kerana nak kembalikan tenaga ya ! Niat tu kena betul.. Nampak simple je tapi effect dia besar dalam hidup kita..

Rukun dalam solat pula mudah je.. Tak membebankan sesiapa pun yang melakukan melainkan mereka tu orang yang merasakan solat itu adalah berat untuk dilakukan..

" Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. "

Surah Al-Baqarah : ayat 45

Kenapa sabar dan solat berhuruf besar ? Sebab ia merupakan elemen penting.. Nak minta pertolongan daripada Allah kena banyak bersabar.. Bukan bila kita minta terus dapat.. Lainlah kalau kita ini hamba yang betul-betul taat kepada Allah, insya-Allah dengan mudahnya Allah perkenankan doa kita..

Solat pula satu ibadah yang penting dalam hidup muslim.. Sebab solat yang membina jati diri kita.. Mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.. Dalam solat, kita mengaku bahawa hanya Allah yang kita sembah.. Dan ia mendidik hati supaya mempunyai rasa kehambaan yang tinggi kepada Allah..

Hati yang punyai rasa kehambaan ialah hati yang tidak sombong ! Manusia akan lebih merendah diri dan sedar peranan dia sebagai seorang manusia.. Penyakit hati pun susah nak melekat tau ! Tapi macam mana kita nak pastikan solat kita tu berkualiti ? Khusyuk adalah jawapannya..

Macam firman Allah di atas, bila manusia itu khusyuk dalam solat, maka solat itu umpama satu perkara yang senang untuk dibuat.. Tapi bila solat itu hanya sebagai rutin, tak berkualiti lah jawabnya solat kita.. Kurang pahala..



Solatlah.. Kerana solat itu tiang agama.. Solatlah di mana jua anda berada.. Ayuh tunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba Allah S..WT !  ^_^

No comments: