Monday 19 March 2012

Manusia patut bersyukur..





Tepat pukul 10.00 pagi Isnin.. Aku melihat jam di tangan.. Kelas TITAS sudah habis.. Usai kelas TITAS, aku berjalan pulang menuju ke bilik.. Kali ini aku mengambil laluan jauh, melintasi blok I sebelum sampai ke blok H, iaitu blok aku diami..

Sedang aku lalu depan blok I, aku melihat beberapa orang pekerja sedang memotong rumput.. Bunyi agak bising di situ.. Aku menundukkan pandanganku ke lantai jalan kerana bimbang mataku termasuk rumput yang sedang dipotong oleh mereka.. Tiba-tiba, aku melihat dua makhluk kecil sedang duduk rapat antara satu sama lain.. Hatiku tersentuh..

Ia jelas ketakutan mendengar bunyi bising mesin rumput itu.. Aku memangggilnya.. "Meow.. ". Ia segera menuju ke arahku.. Seolah-olah meminta tempat perlindungan.. Tapi bila aku amati, ia seperti kelaparan.. Ya Allah.. Hatiku tersentuh lagi.. Di telinganya penuh dengan kurap dan ia asyik mengaru-garu kegatalan..

Aku teringatkan kucing aku yang baru lahir dua bulan lepas.. Sama kecil dengan dua ekor kucing di hadapan aku sekarang.. Cuma mereka berbeza.. Kucing aku yang berada di rumah sangat sihat walafiat sedangkan yang berada di hadapanku ini sangat membuatkan aku sayu..

Ya Allah.. Dalam beg aku sekarang hanya ada biskut beras.. Kucing yang kelaparan tidak makan biskut beras itu.. Aku tak tahu nak bagi makan apa pada kucing itu.. Kalaulah di tangan aku sekarang ada makanan kucing, memang aku akan bagi semuanya dekat dua makhluk comel itu.. Kesiannya mereka ya Allah..

Beberapa orang siswi lalu melintasi aku.. Aku masih melihat kucing-kucing kecil itu.. Sungguh, naluri kemanusiaan itu sentiasa hadir bila bertemu dengan kucing.. Lantas aku akan teringatkan kucing-kucingku dirumah.. Betapa beruntungnya mereka jika dibandingkan dengan kucing di sini..

Di rumah, makanan sentiasa disediakan.. Di sini, kucing-kucing terpaksa meminta belas ihsan manusia untuk mendapatkan makanan.. Itu pun jika ada manusia yang sanggup bagi.. Jika tiada, maka tiadalah.. Berlaparlah mereka.. Kucing kecil itu kemudian mengikuti siswi yang lalu memanggilnya.. Aku mula melangkah pulang..

Dalam hati, aku berasa sangat bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T bagi.. Hidupku sebagai manusia.. Tidak bergantung harap kepada makhluk lain untuk hidup melainkan hanya bergantung kepada Allah S.W.T.. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan dengan akal itu manusia mampu mencipta dan inovasi perkara baru..

Sedangkan seekor haiwan seperti kucing umpama untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. Tidak tahu apakah nasibnya pada hari ini, esok dan seterusnya.. Ia hanya berharap dapat secebis simpati dari manusia untuk meneruskan hidup.. Ya Allah.. Doa aku pohon agar kucing-kucing itu selamat menjalani hidupnya di muka bumi ini..


Moral of the story : Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang manusia.. Punyai akal dan fizikal yang mampu memberikan kegunaan kepada diri sendiri untuk terus hidup.. Bersyukurlah walaupun di atas nikmat yang kecil..

#Hasil nukilan NAAR..


Friday 16 March 2012

Aurat Seorang Perempuan..



Tahu tak apa itu 'aurat' ? Kenapa orang Islam sangat menjaga batas-batas aurat mereka demi agama mereka ? Adakah anda terikir begitu ? Apa yang penting sangat dengan aurat ini?




Definisi aurat pada bahasa ialah sesuatu benda yang dilindungi oleh manusia dan bila didedahkan akan menyebabkan malu. Bila diperlihatkan akan membawa kepada kelemahan mereka sendiri..

Definisi aurat pada hukum syarak pula ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram dipandang ATAU sebahagian anggota tubuh manusia yang malu bila dilihat orang lain..

Di manakah aurat seorang perempuan ?

Terdapat dua jenis aurat seorang perempuan iaitu aurat wanita dengan wanita dan aurat wanita di hadapan lelaki. Kemudian setiapnya terbahagi kepada dua pula, iaitu dihadapan orang Islam (lelaki dan perempuan) dan orang bukan Islam..

Aurat perempuan dengan perempuan

Di hadapan perempuan Islam :

Aurat sesama perempuan Islam ialah dari pusat ke lutut. Jika bimbangkan fitnah atau pandangan bersyahwat, maka auratnya ialah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka..

Di hadapan perempuan bukan Islam :

a) Aurat perempuan Islam dan perempuan bukan Islam ialah semua bahagian kecuali yang kelihatan semasa melakukan tugas-tugas di rumah.
b) Harus bagi muslimah menampakkan muka, kepala, leher, tangan hingga ke lengan dan kaki hingga ke lutut. (contoh : bila duduk sebilik dengan orang bukan Islam)
c) Aurat wanita dengan wanita bukan Islam yang hamba ataupun mahram bukan Islam ialah antara pusat hingga ke lutut.

Aurat perempuan dengan lelaki

 Di hadapan lelaki yang mahram :

a) Aurat perempuan di depan lelaki yang mahram ialah bahagian pusat ke lutut.
b) Harus untuk perempuan menampakkan tubuhnya selain dari pusat ke lutut dengan syarat aman daripada fitnah dan syahwat.
c) Jika boleh membawa kepada fitnah dan syahwat, maka auratnya ialah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka.

 Di hadapan lelaki bukan mahram :

a) Auratnya ialah seluruh tubuh sama ada baligh mahupun belum, kecuali tapak tangan dan muka.
b) Harus memperlihatkan tangan dan muka kepada lelaki bukan mahram.
c) Jika bimbang fitnah akan berlaku, tapak tangan dan muka turut menjadi aurat.
d) Jika lelaki itu masih memandang dengan pandangan syahwat (untuk suka-suka), seluruh tubuhnya adalah aurat..

Tapi mengapa ramai yang tidak endahkan kepentingan menjaga aurat ?

Terutama, kerana hati manusia itu sendiri.. Enggan menerima sesuatu yang bermanfaat kerana hati dikotori oleh nafsu semata-mata.. Hati itu adalah sebaik-baik tempat dalam diri kita.. Jika baik hati kita, maka baiklah perlakuan kita dan sebaliknya..

Jadikan agama sebagai panduan hidup dengan berlandaskan Al-Quran dan sunnah supaya kita sedar tujuan hidup kita di muka bumi Allah ini.. Jadikan corak keIslaman sebagai ikutan.. Insya-Allah anda akan temui ketenangan..

Sunday 11 March 2012

Cantiknya seorang perempuan bila menutup aurat..




Tak dinafikan seorang perempuan itu sangat istimewa berbanding lelaki.. Cantiknya dia merupakan satu anugerah yang terhebat daripada Allah S.W.T.. Kelembutan dia pula mampu memikat semua orang.. Dan kerana itulah dalam agama Islam, ia sangat melindungi peribadi seorang wanita..


Seorang perempuan itu sangat berharga.. Sebab itu dia dijaga sangat rapi dalam Islam.. Salah satu cara Islam menjaga seorang wanita tersebut ialah dengan menjaga aurat.. Sorang perempuan tu sangat sopan dan cantik bila dia menutup segala auratnya di hadapan lelaki yang bukan halal untuknya..

Percayalah kamu semua yang bergelar perempuan !

Bila menutup aurat, kamu akan rasa lebih selamat.. 
Bila menutup aurat, kamu akan lebih berkeyakinan untuk melangkah.. 
Bila kamu menutup aurat, kamu akan lebih dihormati oleh sang lelaki..

Bukankah itu lebih mudah ? Bukankah menjadi seorang perempuan memerlukan dia untuk dihormati orang lain ? Supaya tidak dianggap lemah dan tidak berguna.. Lebih-lebih lagi pada lelaki.. Agar martabat kamu kelihatan tinggi di mata mereka.. Jua di mata Allah Yang Esa.. Supaya kamu tidak mudah dipandang serong, dihina dan dimaki oleh orang yang tidak beriman.. Supaya harga diri kamu sentiasa terpelihara..

Kenapa agama Islam sangat menjaga aurat perempuan?

Kerana bentuk tubuh seorang perempuan mampu memberi fitnah. Baik kepada lelaki mahupun sesama perempuan itu sendiri. Setiap kali seorang perempuan keluar dari rumah, syaitan akan menghiasi wanita itu dengan kecantikan untuk menarik perhatian lelaki.. Dan mata-mata lelaki akan mula meliar ke sana sini melihat kecantikan depan mata mereka.. Hanya lelaki yang beriman akan menundukkan pandangan mereka daripada melihat perempuan ajnabi..

Kerana itu perempuan disuruh menutup aurat dalam Islam.. Agar tingkah laku mereka terjaga.. Bila menutup aurat mereka memelihara kehormatan diri mereka, menjaga maruah dan dipandang mulia oleh orang yang melihat.. Dan juga orang perempuan Islam yang menutup aurat ini lebih mudah dikenali dan berbeza daripada orang lain seperti dalam Surah Al-Azhab ayat 59..


Di dalam dunia akhir zaman ini, pelbagai perkara yang buruk berlaku. Dan Islam melindungi muslimahnya dengan cara menyuruh perempuan menutup aurat agar terhindar daripada fitnah. Agar diri tidak menjadi mangsa kes rogol atau ragut.

 Kerana bila perkara yang tidak diduga sebegini berlaku, perempuan tidak mampu melawan kudrat seorang lelaki.. Langkah yang terbaik ialah mencegahnya.. Tapi perlu diingat, niat yang pertama ialah kerana Allah S.W.T.. Tutup aurat kerana perintah Allah S.W.T..