Thursday, 19 April 2012

Niat adalah kunci Amal



Dari Abu Hafs Umar bin Khattab, Rasulullah S.A.W bersabda :

* Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niat dan setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang di niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana ingin mendapat keredhaan Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka nilai hijrahnya seperti yang dia niatkan. *

Hadis di atas muncul kerana satu sebab. Masa penghijrahan dari Mekah ke Madinah, para sahabat memberitahu kepada Nabi bahawa ada seorang lelaki yang berhijrah kerana ingin berkahwin dengan wanita yang bernama Ummu Qais. Secara luarannya, dia juga berhijrah sama seperti orang lain namun niatnya berhijrah adalah kerana seorang wanita. Oleh itu, dia digelar sebagai ' Muhajir Ummu Qais ' iaitu orang yang hijrahnya kerana Ummu Qais.


See ! Nampak kan ? NIAT itu penting ! Even dalam solat, rukun pertama ialah Niat.. It is very important to us as Muslims, have a good intention.. For everything that we do in Earth, it must start with intention.. Kalau niat korang baik, maka baiklah amal yang korang lakukan.. Kalau niat tu buruk, so buruklah amal yang korang lakukan..

Niat tu sebenarnya pendorong.. Pendorong dalam hati untuk buat sesuatu perkara.. Orang lain tak tau niat sebenar dalam hati seseorang tapi Allah confirm tau ! Allah tau orang tu ikhlas atau tak.. Tau tak kalau kita niat untuk buat kebaikan dah dapat pahala kat situ ? Tu baru niat.. Tak buat lagi kebaikan tu.. Sweet kan ?

Tapi janganlah korang ingat bila niat yang buruk pun dapat pahala.. Salah konsep tu.. Jangan salah faham ya ! Hanya perkara yang baik-baik akan dapat pahala.. Perkara yang jahat akan dapat dosa laa.. Tapi kan, ramai orang yang tak sedar yang niat ni sebenarnya sangat penting.. Ramai orang anggap benda ni remeh-temeh je..

Tak syok lah macam tu.. Niat ni samalah juga macam matlamat.. Apa yang kita niat tu yang kita akan buat.. Contoh, kalau nak study kan, niat tu biar betul-betul untuk study bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam jer.. Tapi mestilah disertakan dengan niat kerana Allah S.W.T.. Sebab apa kerana Allah ? Sebab Allah lah kita hidup di atas muka bumi ni..


Ingat ya ! Niat itu penentu amalan kita.. Penentu kita akan mendapat pahala atau pun dosa.. Nampak remeh je niat ni tapi ia adalah permulaan kepada amalan kita.. Buat amalan baik tak pernah rugi pun.. Semoga setiap hari kita akan perbetulkan niat kita.. ^_^


No comments: