Sunday, 8 April 2012

Bersihkan hati..



 


Bila tengok gambar di atas kan, sakit hati ini boleh diubat rupanya.. Tak seperti penyakit yang lain, ubat boleh dimakan dan ditelan tapi ubat hati sangat berlainan.. Tapi kenapa penting sangat ubat sakit dekat hati nie ? Sebab hatilah yang menentukan peribadi dan akhlak seseorang manusia tersebut.. Cuba fikir sekejap.. Ada ke orang yang akhlaknya buruk menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang betul-betul patuh kepada Allah S.W.T ? Jawapannya tak kan.. Hakikatnya :

 " Tujuan manusia hidup di dunia ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T "

Manusia kalau nak jadi seorang yang baik dan patuh kepada Allah S.W.T, dia kena bersihkan hati dia dulu.. Hati itu penting.. Kalau hati itu tak bersih dari noda-noda dunia, macam mana nak ikhlas menghadap dan mengabdikan diri kepada Allah ? Bila hati itu masih terikat dengan nafsu keduniaan, macam mana nak kembali kepada Allah S.W.T ?

Perintah Allah itu kita sentiasa ingat dan tahu.. Tapi berapa ramai yang betul-betul amalkan apa yang disuruh? Kat sinilah hati itu mainkan peranan dia.. Bersihkan hati, barulah kita akan senang mengikuti perintah Allah.. Hati itu dipegang oleh Allah S.W.T kerana Allah merupakan penciptanya.. Hanya Allah yang lebih mengetahui macam mana hati itu boleh jadi baik mahupun jahat..

" Apa pun yang kita lakukan di dunia, niat dalam hati itu mestilah back to Allah.. "


Kadang-kadang manusia itu sendiri tak sedar yang dia mempunyai masalah hati.. Hati yang normal ialah hati yang sentiasa kembali kepada pencipta-Nya.. Hati yang bersih mempunyai connection yang kuat dengan Allah. Rasa kehambaan dalam diri itu automatik akan ada bila punyai ikatan yang kuat dengan Allah.

Kalau nak tahu kita ini baik atau tidak, check hubungan kita dengan Allah.. Adalah kita lakukan apa yang Dia suruh ? Atau lakukan apa yang Dia larang ? Kita boleh baik dengan beratus-ratus orang tapi kenapa amat payah untuk baik dengan Tuhan yang satu ? Kita teramat menjaga hubungan sesama manusia tapi hubungan dengan Allah kita tak jaga..




Bersihkan hati, tingkatkan prestasi iman dalam diri ! Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T .. (^_^)

No comments: