Friday 16 March 2012

Aurat Seorang Perempuan..



Tahu tak apa itu 'aurat' ? Kenapa orang Islam sangat menjaga batas-batas aurat mereka demi agama mereka ? Adakah anda terikir begitu ? Apa yang penting sangat dengan aurat ini?




Definisi aurat pada bahasa ialah sesuatu benda yang dilindungi oleh manusia dan bila didedahkan akan menyebabkan malu. Bila diperlihatkan akan membawa kepada kelemahan mereka sendiri..

Definisi aurat pada hukum syarak pula ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram dipandang ATAU sebahagian anggota tubuh manusia yang malu bila dilihat orang lain..

Di manakah aurat seorang perempuan ?

Terdapat dua jenis aurat seorang perempuan iaitu aurat wanita dengan wanita dan aurat wanita di hadapan lelaki. Kemudian setiapnya terbahagi kepada dua pula, iaitu dihadapan orang Islam (lelaki dan perempuan) dan orang bukan Islam..

Aurat perempuan dengan perempuan

Di hadapan perempuan Islam :

Aurat sesama perempuan Islam ialah dari pusat ke lutut. Jika bimbangkan fitnah atau pandangan bersyahwat, maka auratnya ialah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka..

Di hadapan perempuan bukan Islam :

a) Aurat perempuan Islam dan perempuan bukan Islam ialah semua bahagian kecuali yang kelihatan semasa melakukan tugas-tugas di rumah.
b) Harus bagi muslimah menampakkan muka, kepala, leher, tangan hingga ke lengan dan kaki hingga ke lutut. (contoh : bila duduk sebilik dengan orang bukan Islam)
c) Aurat wanita dengan wanita bukan Islam yang hamba ataupun mahram bukan Islam ialah antara pusat hingga ke lutut.

Aurat perempuan dengan lelaki

 Di hadapan lelaki yang mahram :

a) Aurat perempuan di depan lelaki yang mahram ialah bahagian pusat ke lutut.
b) Harus untuk perempuan menampakkan tubuhnya selain dari pusat ke lutut dengan syarat aman daripada fitnah dan syahwat.
c) Jika boleh membawa kepada fitnah dan syahwat, maka auratnya ialah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka.

 Di hadapan lelaki bukan mahram :

a) Auratnya ialah seluruh tubuh sama ada baligh mahupun belum, kecuali tapak tangan dan muka.
b) Harus memperlihatkan tangan dan muka kepada lelaki bukan mahram.
c) Jika bimbang fitnah akan berlaku, tapak tangan dan muka turut menjadi aurat.
d) Jika lelaki itu masih memandang dengan pandangan syahwat (untuk suka-suka), seluruh tubuhnya adalah aurat..

Tapi mengapa ramai yang tidak endahkan kepentingan menjaga aurat ?

Terutama, kerana hati manusia itu sendiri.. Enggan menerima sesuatu yang bermanfaat kerana hati dikotori oleh nafsu semata-mata.. Hati itu adalah sebaik-baik tempat dalam diri kita.. Jika baik hati kita, maka baiklah perlakuan kita dan sebaliknya..

Jadikan agama sebagai panduan hidup dengan berlandaskan Al-Quran dan sunnah supaya kita sedar tujuan hidup kita di muka bumi Allah ini.. Jadikan corak keIslaman sebagai ikutan.. Insya-Allah anda akan temui ketenangan..

No comments: