Monday 31 December 2012

Cara Mengatasi Rasa Rendah Diri


Rasa down, tidak berguna semuanya ada kan? Lepas tu mulalah terasa rendah diri.. Semua yang dibuat serba tak kena.. Nasihat Lina, janganlah bersedih.. Allah kan ada.. Perasaan rendah diri nie hadir untuk menguji kita.. Sejauh mana kita mengingati Allah.. Kalau manusia tak diuji, dia akan terus leka..

Jadi, bangkitlah dari perasaan nie.. Tak elok selalu bersedih.. Bumi Allah nie luas untuk kita teroka.. Jangan kerana gagal dalam sesuatu perkara, kita putus harapan.. Jom bangkit! Hidup mesti diteruskan..

Cara untuk bangkit dari perasaan rendah diri :

# Tahu yang Allah sentiasa ada untuk kita.. Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya seorang diri..
# Sentiasa senyum ! Senyum mampu memberikan impak yang positif dalam diri kita..
# PERCAYA pada diri sendiri.. Kalau bukan kita sendiri, siapa lagi kan ?
# Bangun pada waktu pagi dan berikan kata-kata motivasi pada diri sendiri. AKU BOLEH ! =)
# Luangkan banyak masa bersama keluarga dan kawan-kawan.. Elakkan dari selalu bersendirian..
# Banyakkan baca Quran beserta maknanya sekali.. Hati akan tenang + pahala pun dapat..
# Jangan selalu duduk memerap di rumah.. Sekali sekala hang out untuk release tension..
# Selalu letakkan diri dalam ' GOOD MOOD' ..
# Elakkan mempunyai pemikiran yang negatif.. Jangan! Nanti cepat tua..Hehe..
# Banyakkan bergaul dengan orang yang berfikiran positif..


Mulakan hari dengan senyuman.. Jangan lupa bersyukur kepada Allah atas setiap nikmat yang Dia bagi..
^_^

No comments: