Berubah untuk Kebaikan
Dorongan fitrah manusia yang sentiasa nak majukan diri sendiri membuatkan manusia sentiasa mahu berubah.. Perubahan itu pula ke arah kebaikan.. Tak ada siapa-siapa yang nak balik ke zaman silam dorang.. Kecuali ada kenangan indah dalam kehidupan lama dorang..
" If only I could turn back the time.. "
Ramai yang menyesal dengan apa yang telah berlaku dalam hidup dorang.. Tapi dorang tak nampak hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Terkadang, apa yang teruk berlaku kat kita itu ada sebabnya.. Tuhan nak kita jadi manusia yang lebih kuat dan berubah untuk jadi yang lebih baik..
Ada juga manusia yang sememangnya nak berubah.. Niat dalam hati nak jadi orang yang baik-baik.. Ya.. Niat yang sangat baik.. Tapi, bila kita mula lakukan perubahan, dugaan itu pasti datang..
" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, " Kami telah beriman" , sedangkan mereka tidak diuji ? "
" Dan sungguh, Kami (Allah) telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang mana benar dan orang mana yang berdusta.. "
Surah Al-Ankabut : ayat 2-3
Jadi, setiap perubahan manusia itu pasti diuji.. Dan bila Allah menguji, janganlah mudah mengalah.. Jangan menyerah kalah.. Allah nak uji betul ke tak manusia nie nak beriman kepada Dia.. Allah sememangnya mengetahui niat seseorang tu tapi ujian itu diturunkan untuk PROVE sama ada betul ke tak orang tu beriman..
Masa kita belajar pun kita kena lalui exam untuk pass, betol tak ? Sama laa analogi nya kat sini.. Allah pun bagi kita exam sebab nak tengok kita pass ke tak jadi hamba yang beriman kepada Dia.. Kalau pass, alhamdulillah.. Kalau tak pass, maknanya banyak lagi perkara yang perlu kita buat supaya kita pass ujian Allah nie..
Tapi, Allah itu kan Maha Penyayang.. Dia takkan biarkan hamba yang nak kembali kepada-Nya terkontang-kanting.. Allah pasti akan suluhkan orang itu dengan hidayah.. Beruntunglah orang yang dapat hidayah daripada Allah..
Lepas tu kan, orang yang dapat hidayah nie perlu istiqamah je dengan apa yang dia buat.. Sebab dia dah tahu jalan mana yang perlu dia lalui untuk pergi kepada Allah S.W.T.. Untungkan ?
" Nak berubah memang susah, tapi tak pernah rugi pun siapa-siapa yang berubah kerana ALLAH.. "
No comments:
Post a Comment